keris.pendeta

mengapa melawan pedang dengan pedang? bukankah mata pena yang lebih tajam.

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Wednesday, January 14, 2009

Identiti Seorang Melayu

Posted by keris.pendeta

Baru-baru ni, aku ada tertengok satu program ‘Hello Malaysia’ di saluran bernama tv yang membincangkan tentang belajar matematik dan sains dalam BI. Dalam keselesaan berehat, aku tersentak dengan komen 2 jemputan yg di jemput iaitu dari GAPENA. Yang aku terkejut ,dia mengatakan Khairy seorang budak muda memperjuangkan Bahasa Malaysia.. Yer ker? dia komunikasi dalam rumah pakai bahasa ape ek? selain itu, orang itu komen gak bahawa Tun Mahathir salah berbuat demikian dan dia komen gak seolah-olah yang sokong ajar dalam BI senang dikatakan ibarat tidak ada jati diri melayu. wah!senang tul dia bagi gelaran. Adakah dengan perjuang bahasa boleh cakap dia jati diri kuat melayu? Macam mana pulak kalau orang melayu yang fasih gila dalam Bahasa Melayu Rasuah? Dengan hati yang agak panas, aku cuba menelefon bernama tv untuk bertanya soalan. Alhamdulillah,aku berjaya.

Komen aku kepada panel:

1.Tun seorang yang di segani mesti dia ada sebab mengapa dia buat keputusan begitu. (aku tanya sebab panel kata seolah-olah tun tidak patriotik)

2. Banyak buku dalam BI dan kalau di terjemah akan menyebabkan sebutan dan ejaan berlainan. Ini akan menyebabkan kekeliruan dan susah untuk rakyat malaysia untuk membuat kerjasama dengan negara luar. Macam mana hendak maju.

Itu saja yg aku dapat tanyakan. Banyak lagi sebenarnya hendak tanya tetapi mase dan kegugupan aku membatas segalanya. Secara kebetulan, Panel itu dua-dua dari Melaka, pengacara bertanya, ”Dato’ berdua dari melaka dan asyraf juga dari melaka tapi berlainan aliran, apa komen Dato’? (sambil gelak).. Jawab Panel,”Asyraf ni memalukan orang melaka”… aku ni malukan orang melaka atau dia yang malukan orang melaka?.. Cakap semua puji Pak lah. ada ape-ape ker? Yang buat aku tertanya-tanya, betul ker orang yang perjuang belajar sains dan matematik dalam BI tidak patriotik? tidak ada identiti melayu? Aku tidak menafikan ada baik dan buruk. Tetapi kita hendak pilih yang terbaik. kita tidak habis banding dengan negara seperti jerman. kita juga kena fikir, dia membuat teknologi, kita ni hanya terima. Layak ker kita hendak banding dengan mereka belajar bahasa mereka sendiri? Itu sebab biar kita belajar dulu, kemudian kita buat teknologi baru. Baru orang luar nak bace. Bila itu dah berlaku, baru kita bole banding dengan mereka gune bahasa ibunda belajar sains dan matematik dan buat buku dalam bahasa kita sendiri. Baru Bangsa kita maju. Fikir-fikir la, Patriotik bukan hanya di ukur melalui memperjuangkan bahasa semata-mata. Banyak cabang perlu dilihat sebelum melabel seseorang itu PATRIOTIK!


-written on 5th of January, http://asyraf-acap.blog.friendster.com/-

2 comments:

Anonymous said...

welcome to blogger, syg.
hope this one work out well for you.. =)

mangkuk statik said...

Pssal motto hang tu...Bukankah lebih baik lawan gunakan pedang DAN pena DAN lidah. RAsullulah guna tiga2 menthod dan rasullulah himself is buta huruf.
Bravo pasal brani tepon TV.GAbrak tu biase la.Isu bahase ni kompleks. Ringkasnyer, aku sokong guna english hanya kalau kite SEMUA guna english dlm cakap ari2, TV, ceramah, beli nasi lemak etc. MAcam kat singapore. KIte semeur kene berenti cakap melayu. BAru leh jln.
Ni cikgu2 tu sendiri cakap english ketar2 cam org terencat. Budak jadi lalok, kat sekolah cakap BI, kat rumah kecek kelate. Gilo tak aku..muhahahha

Post a Comment